Jul
19
Filed Under (Penggumman) by on 19/07/2010

Sila ambil maklum, penarafan aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari  19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang.

Perkara yang perlu diambil tindakan didalam pengisian Data tersebut ;

1. Cetakkan No Tag Responden di Kod Sekolah tanpa penghujungnya ” r ” dan pilih Maklumat Responden untuk mendapatkan maklumat respoden dan juga No Tag Responden

2. Untuk memulakan pengisian DATA SSQS masuk ke dan isikan

-  KOD ORAGANISASI:  (kod sekolah)r

-  KATA LALUAN : Pihak Sek. Sahaja Yang Tahu

Sila mulakan pengisian data tersebut dengan segara bagi mengelakan kesesakan

sila ke website tersebut untuk memulakan pengisian data

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

rami2btpn

Satu rombongan Kembara Teknopen BTPN Perak yang diketuai oleh KPP BTPN Perak , Tuan Haji Mohd Razali b. Bakar telah melawat Daerah Kita Selatan pada 15/7/2010.  Rombongan tersebut telah juga mengadakan Khidmat Bantu di SK Kota Baharu, Gopeng pda sebelah paginya dengan diketuai oleh En. Rosli b. Sarip, Penolong Pengarah unit PKG BTPN Perak. Pihak BTPN juga telah menyumbangkan sedikit cendera mata kepada pihak sekolah terbabit. Selepas khidmat bantu di SK Kota Baharu, rombongan tersebut terus ke PKG Gopeng untuk perjumpaan dengan warga PKG Kinta Selatan. Majlis tersebut diadakan untuk meraikan persaraan Tn. Hj. Razali KPP BTPN Perak, En. Zainori Pen. Pengarah BTPN Perak dan Pn Hjh. Sharipah PTP BTPN Perak.

Jun
18

PERHATIAN KUTIPAN DATA SPPICTS BERMULA

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan
menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah
(SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga
09 Julai 2010.

2.    Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memantau
pengumpulan serta verifikasi data sekolah di bawah pihak tuan/puan.
Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT
sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses
sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak
dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik
untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali
pertama.

3.    Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Ketua Unit Data
Sektor Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan

* Untuk mengelakan dari kesesakan pengisi data tersebut,sila isikan dengan kadar segara.

skema

Kursus Konfigurasi Juruteknik Komputer FT 17 anjuran PKG Gopeng dan Kampar telah menjemput FT 17 dan juga Guru Peyelaras Bestari dari Kelompok PKG Gopeng dan Kampar,Kursus ini bertujuan untuk melatih para FT 17 dan GPB tentang konfigurasi makmal dan Tatacara kerja yang berkaitan ICT yang dijalankan pada 7/06/2010 dan 8/7/2010. Pihak PKG telah menjemput En. Ismail b. Yusoff dan juga En. Muhamad Wazir b. Mohd Fahmi Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Perak untuk menyampikan ceramah.

Tarikh: 7/06/2010 Hingga 10/06/2010

Tempat: Bilik Ixora dan SMK Idris Shah

Masa: 8.30 Pagi hingga 4.15 Petang

May
11
Filed Under (Santai jer..) by on 11/05/2010

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

gpm

Mar
31
Filed Under (Santai jer..) by on 31/03/2010

Sekalung  Tahniah diucapkan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gopeng diatas kenaikan pangkat mereka.Untuk makluman semua, En. Sahariddun b.  A.Rani telah berpindah ke SK Tanjung Malim manakala En. Mohd Yusniza b. Mohd. Redzuan telah bertukar ke PKG Pengkalan Hulu.

Satu Majlis Perpisahan telah di adakan di PKG Gopeng, Bagi kami dari staff PKG Daerah Kinta Selatan serta Sekolah Kelompok Gopeng merasakan kehilangan.Mereka telah banyak memberi tunjuk serta idea-idea yang bernas untuk membangunkan teknologi pendidikan khususnya di Sekolah Kelompok PKG Gopeng.

Kami Staff PKG Gopeng mengucapkan Selamat Maju Jaya,dan kami masih menunggu Pegawai Teknologi Pendidikan yang mengantikan tempat mereka.

Majlis Perpisahan

Mar
11
Filed Under (Santai jer..) by on 11/03/2010

Sukan

meeting

Feb
04
Filed Under (Santai jer..) by on 04/02/2010

kampus astro

Kampus Astro telah bermula di PKG Gopeng,kini boleh melayari pengalaman dan belajar apa sahaja dengan dunia pembelajaran berterusan di kampaus astro.Mengetahui pengalaman mengenai sejarah,penemuan saintifik,matematik,hidupan liar,penerokaan alam semesta dan lain-lain lagi.

chanel